Hala Tuju MUAFAKAT Cawangan MRSM Gemencheh

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ دان سلام سجهترا

Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Gemencheh (MCMG) diwujudkan berpaksikan kepada:

1. Membolehkan ibu bapa, waris, penjaga dan guru-guru serta pihak pengurusan Maktab bertukar-tukar pendapat, pandangan dan maklumat mengenai pendidikan serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan Maktab demi kebaikan pendidikan, pembelajaran dan kemajuan pelajar dalam meningkatkan imej unggul dan kecemerlangan tinggi yang ada pada MRSM dan MARA.

2. Kerjasama daripada guru-guru, pihak pengurusan Maktab dengan ibu bapa, waris dan penjaga juga secara tidak langsung mengaribkan hubungan bersilaturahim bersama.

3. Di samping itu juga, memberi perkhidmatan bagi kebajikan pelajar, membantu dan menambah usaha Maktab dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan pelajar di dalam kegiatan mereka di Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab Gemencheh (MRSMUAG) selaras dengan tuntutan ibu bapa, waris dan penjaga yang mahukan terbaik untuk anak-anak mereka.

4. MCMG juga berfungsi dalam memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa, waris, penjaga dan guru-guru serta pihak pengurusan MRSMUAG merundingkan antara satu sama lain dalam mengikhtiarkan cara memperbaiki taraf pendidikan pelajar.

5. MCMG juga adalah dasar asas untuk membolehkan ibu bapa, waris dan penjaga berusaha membantu menambah kewangan MRSMUAG dan meningkatkan kemudahan prasarana sedia ada yang bertujuan meningkatkan kemudahan pendidikan, pembelajaran dan aktiviti pelajar di MRSMUAG.


Fungsi MUAFAKAT Cawangan MRSM Gemencheh (MCMG)

Bagi mencapai objektif di atas, MCMG akan melaksanakan program, aktiviti dan menilai keberhasilan program secara berterusan seperti:

i. membantu memajukan perkembangan pelajar dan menjaga kebajikan mereka melalui pengagihan sumber terancang dan teliti. Ini bagi memastikan segala inisiatif untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian pelajar terlaksana.

ii. membantu menambah sumber kewangan Maktab bagi menambahbaikkan dan meningkatkan kemudahan pelajar di Maktab.

iii. meningkatkan keakraban dan hubungan rapat dengan menyediakan platform penyebaran maklumat seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram antara ibu bapa, waris dan penjaga melalui MCMG dengan MRSMUAG.

iv. meningkatkan keceriaan persekitaran Maktab agar dapat mewujudkan suasana yang berwibawa lagi harmoni dalam menjayakan program dan aktiviti Maktab.

Semoga segala usaha yang MCMG laksanakan ini, akan memberi impak yang besar kepada semua pihak. Penglibatan ibu bapa, waris secara aktif dalam Parent Support Group (PSG) diharap membantu pihak Maktab dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam hafazan Al-Quran dan kecemerlangan akademik di samping pemantapan kokurikulum dan iltizam menuntut ilmu melengkapkan proses pembinaan peribadi sebagai insan yang terpuji, berpadanan dengan motto MRSMUAG, "Mendidik Hamba, Membangun Khalifa".



Comments